Seorang guru besar sekolah kebangsaan direman lima hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan membabitkan salah guna wang sumbangan zakat, dua tahun lepas.
Mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan perintah ke atas lelaki berumur 54 tahun itu yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk kepentingan diri dalam kes tersebut.